Satu lagi projek Barisan Nasional (SPRM - komponen BN)memperbodohkan 1Malaysia.
--------------------------------------------------------------------------
Oleh Debra Chong
KUALA LUMPUR, Nov 19 | Dalam keputusan yang dilihat sebagai signifikan, Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyoal siasat mana-mana saksi selepas waktu pejabat.
Mahkamah juga memutuskan SPRM telah bertindak secara tidak sah apabila menyoal siasat ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Wah sepanjang malam di pejabat negeri Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam kira-kira empta bulan yang lalu.
Waktu pejabat yang dimaksudkan antara 8.30 pagi dan 5.30 petang.
Tan disoal siasat sehingga 2 pagi dan hanya kembali ke rumahnya pada waktu tengah hari keesokan hari.
Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof yang membuat keputusan itu menjelaskan pengertian frasa “sehari ke sehari” yang menjadi pertikaian teras antara Tan dan SPRM “tidak boleh dianggap sebagai sepanjang hari” termasuk merakamkan kenyataan daripada saksi.
Mohamad Ariff berkata, SPRM kemungkinan sedar perkara ini apabila mereka mengarahkan Tan kembali untuk membantu siasatan susulan pada pukul 10 pagi Julai 20, yang termasuk dalam tempoh waktu pejabat normal.
Mahkamah Tinggi juga mengarahkan SPRM membayar ganti rugi dialami Tan ekoran “penahanan tidak sah” antara 9.45 malam Julai 15 hingga 2.53 pagi Julai 16.
Bagaimanapun jumlah itu termasuk kadar faedah akan ditentukan oleh pendaftar mahkamah.
Tan ditahan pada pukul 9 malam Julai 15 lalu, hari yang sama Teoh Beng Hock iaitu pembantu politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor turut ditahan tetapi kemudian ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam.
Tan memohon mendapatkan perisytiharan SPRM hanya boleh menyoal siasat saksi dalam tempoh waktu pejabat.
Mohamad Arif menetapkan hari ini untuk keputusan selepas selesai mendengar hujahan peguam Karpal Singh mewakili Tan selaku plaintif dan Peguam Kanan Persekutuan, Noorin Badaruddin mewakili defendan.
Dalam hujahnya sebelum ini, Karpal menegaskan, walaupun Seksyen 30(3) Akta SPRM 2009 menyebut pegawai suruhanjaya yang menjalankan siasatan boleh memanggil sesiapa sahaja untuk memberi keterangan tetapi perkataan sehari ke sehari yang terdapat dalam seksyen tersebut perlu diperhalusi.
Beliau berpendapat SPRM seharusnya mengamalkan Peraturan 20 Peraturan Lokap dengan para banduan akan dimasukkan ke dalam lokap antara pukul 6.30 petang hingga 6.30 pagi.
Sementara itu, Noorin berhujah, maksud “sehari ke sehari” perlu dilihat dari segi istilah. Jelasnya, menurut buku “In Words, Phrases & Maxims Legally & Judicially Defined”, “sehari” mengikut kalendar Inggeris bermaksud ia bermula pada waktu tengah malam sehingga tengah malam hari yang berikutnya.
Tan, 39, menamakan Ketua Suruhanjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan; Penolong Penguasa SPRM, Mohammad Hassan Zulkifli dan suruhanjaya tersebut sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Plaintif menuntut perisytiharan bahawa seseorang yang disiasat di bawah Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009 hanya boleh direkodkan pernyataan sebagai saksi dalam waktu pejabat iaitu mulai pukul 8.30 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari dan bukannya selepas tempoh yang ditetapkan.
Sehubungan itu, plaintif menuntut perisytiharan bahawa defendan telah bertindak bertentangan dengan peruntukkan Seksyen 30(3)(a) akta tersebut.
Tan kelihatan gembira semasa keputusan itu diumumkan.
Kata Tan, beliau memfailkan saman dengan harapan agar SPRM berhenti daripada menyoal siasat seseorang pada waktu-waktu pelik selepas tempoh waktu pejabat khususnya selepas apa yang dilalui oleh Teoh.
“Ini keputusan baik untuk semua rakyat Malaysia,” kata Tan.
Tidak diketahui sama ada SPRM akan mengemukakan rayuan ataupun sebaliknya.
Sementara peguam-peguam mewakili SPRM tidak menyatakan sama ada akan membuat rayuan, Karpal merasakan pihak berkenaan akan membuat rayuan memandangkan keputusan hari ini membawa implikasi ke atas pihak berkuasa lain.
Karpal berkata mereka mempunyai masa sebulan untuk mengemukakan rayuan.
- http://www.themalaysianinsider.com
Friday, November 20, 2009
SPRM tiada hak soal saksi selepas waktu pejabat
Posted by Dewan Pemuda Pas Gerik at 10:53 AM 0 comments
Labels: sprm
Thursday, November 19, 2009
BUKTI HAK SPEAKER JELAS: 3 DUN KATAK LOMPAT MESTI DIKOSONGKAN
Kenyataan Media (17 November 2009)
BUKTI HAK SPEAKER JELAS: 3 DUN KATAK LOMPAT MESTI
DIKOSONGKAN
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan
keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang telah membuat
pengisytiharan bahawa pilihan raya baru bagi kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi
berkenaan kosong setelah di putuskan oleh Speaker DUN Kedah dan
tindakan dangkal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara
tidak wajar dan keputusan Suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan
masih sebagai wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu
tidak kosong, perlu dibatalkan adalah mengikut perundangan.
DPPN Pk juga menekankan bahawa SPR tidak boleh mengatasi
kuasa Speaker adalah tepat dan ini sebagai rujukkan kes yang sama
dengan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang telah
melompat menjadi ADUN Bebas awal Februari yang lalu. Ini kerana
V. Sivakumar, Speaker DUN telah memaklumkan perkara yang sama
kepada SPR dan tindakan SPR bertentangan dengan peruntukan
yang ada di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK D.R
DPPN Pk meminta supaya SPR menghormati keputusan yang telah
dibuat oleh Mahkamah Tinggi sepertimana semalam. 3 DUN di Perak
juga perlu disegerakan untuk diadakan pilihan raya baru berdasarkan
'precedent' yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi bersabitan
pengosongan kerusi DUN Kota Siputih di Kedah semalam. DPPN Pk
berharap SPR tidak bersikap 'double standard' dengan bersikap
bersungguh-sungguh membuat rayuan terhadap kes tersebut
sedangkan UMNO dan BN tidak membuat sebarang komen terhadap
kes ini.
DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
Posted by Dewan Pemuda Pas Gerik at 10:49 AM 0 comments
Labels: kenyataan media
Saturday, November 14, 2009
Tembok bangunan SUK Perak runtuh


Tembok yang menjadi penghadang dan memagari bangunan SUK pun tidak termampu lagi untuk bersubahat melindungi kerajaan haram kudeta Zambry. Suruhlah pencacai - pencacai yang setia yang merogol demokrasi di Perak menjadi pagar bangunan SUK pulak.
Buat pencacai - pencacai Kudeta Zambry yang tidak malu pada rakyat Perak , malulah pada tembok yang runtuh tu.
----------------------------------------------
Tembok bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Ipoh runtuh selepas hujan lebat malam kelmarin (Jumaat) menyebabkan sebahagian Jalan Istana ditutup kepada lalu lintas.
Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.
Bercakap kepada pemberita semasa meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata siasatan awal mendapati longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung telah menolak tembok itu.
Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000, katanya.
Bangunan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan DUN Perak itu dirasmikan pada 2000.
Sementara itu Blogger Al Husseyn mengesahkan dalam blognya tembok bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memang runtuh dan menganggap mungkin membawa pertanda yang tidak baik bagi kerajaan Zambry.
Katanya lagi berita-berita perebutan kuasa sesama mereka mulai bertiup sepoi-sepoi bahasa.Bila menjadi ribut yang kencang nanti, terbongkarlah sauh, belayarlah Zambry bersama tongkang...
http://idhamlim.blogspot.com
Posted by Dewan Pemuda Pas Gerik at 10:18 PM 0 comments
Labels: suk perak
Thursday, November 12, 2009
BN DAH LAMA MENANG, KEDAH TAK SENANG-SENANG PUN.
Satu lagi projek tipu rakyat Malaysia. Puak sebelah sana tu rasa depa semacam tuhan, rezeki ditangan depa.
------------------------------
BN DAH LAMA MENANG, KEDAH TAK SENANG-SENANG PUN. Sepatutnya itulah slogan yang Umno Kedah kena lancar pada 12 November ni.
Nak nafi apa lagi? Hakikatnya BN dah menang dan perintah Kedah lebih 50 tahun dulu, sejak Malaysia masih lagi Tanah Melayu.
Pasai apa selama 51 tahun tadbir Kedah, Umno tak dak usaha untuk senangkan rakyat di negeri jelapang padi ini? Ramai rakyat Kedah tergolong dalam kategori orang susah, tak senang-senang dari dulu sampai la ni.
Bila PR ambil alih perintah Kedah Mac 2008 lalu, lepas wakil-wakil rakyat dPR membuka pusat khidmat, ramai yang pakat terkam pusat khidmat dan mohon bantuan itu dan ini, ada yang nak mohon bantuan JKM, ada yang nak mohon zakat, ada yang nak mohon perbaik rumah dan tak kurang juga yang mintak duit buat belanja harian.
Majoriti yang memohon masa tu adalah orang Umno yang susah lama dah, susah zaman Umno dan BN perintah lagi. Kita tanya pasai apa tak mohon sebelum ni? Jawapannya, dah mintak tapi..... depa pun tau walaupun ahli Umno tapi bukan kroni, susah macamana pun payah nak dapat bantuan.
Umno boleh ambik data permohonan bantuan untuk rakyat susah dengan agensi-agensi seperti JKM, Pejabat Zakat, Pejabat Daerah atau apa-apa agensi yang iktiraf wakil rakyat PR. Mula dari April 2008 sampai ke hari ini bertimbun permohonan yang dah dibuat, ada permohonan yang dah lulus dan ada lagi yang masih dalam proses.
Rakyat Kedah sepatutnya dah lama senang kalau Umno/BN tak menyeleweng hasil negeri. Buktinya laporan audit 2008, tak sampai setahun memerintah kerajaan PR di bawah Dato' Seri Ustaz Azizan boleh tingkatkan hasil negeri sebanyak 205%. Itu baru 9 bulan, kalau genap setahun tentu boleh cecah 275%. Guna formula paling senang, 275% kali dengan 50 tahun, tentu banyak hasil negeri kalau Umno/BN tak seleweng dulu, rakyat Kedah tentu dah senang.
Umno/BN kena malu la sikit kat Ustaz Azizan, dok tak duduk mai nak bagitau rakyat Kedah akan senang lenang kalau BN menang. Nah ambik pantun 2 kerat ni...
Wanita Umno pakai tudung merah
Piiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrraaaaaaaaahhhhhhhhh
Admin : nak tanya sikit.. TPM mai rasmi slogan tu kat SMK Agama YAN... Tak salah ka guna kawasan sekolah Untuk Lancar Slogan POLITIK... pie la sewa Padang Awam Guar Chempedak tu kaa.. Pantai Murni kaa..
- http://kedahlanie.blogspot.com
Posted by Dewan Pemuda Pas Gerik at 2:05 PM 0 comments
Labels: slogan
Wednesday, November 11, 2009
Bai'ah talak: "Tiada dalam kepala saya"-Nik Aziz
Tahniah Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menangkis persepsi buruk yg dimainkan oleh musuh.
Kami mohon juga tindakan diambil keatas pimpinan yg mendedahkan PAS kepada permasalahan ini dan jangan ada sikap pilih bulu mcm umno juga, jangan disapu kebawah karpet saja. Kami memerhatikan apa tindakan Jawatankuasa Disiplin. Berwibawalah sikit.
_____________
KOTA BHARU, 10 Nov | Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.
Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu.
“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.
Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS.
PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.
Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam.
"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.
"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.
PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu.
Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.
Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.
Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
- http://www.harakahdaily.net/v2/
Posted by Dewan Pemuda Pas Gerik at 12:19 PM 0 comments
BIARKAN NIK AZIZ TULIS BLOG
Assalamualaikum,
Ada pendapat yang tidak begitu selesa apabiola Tuan Guru Nik Aziz meluahkan pandangannya melalui blog. Saya berpendapat biarkan dan galakkan beliau meulis melalui blognya. Samada pandangan peribadi, pandangan rasmi atau apa saja, biarkan beliau menulis dalam apa media sekali pun.
Jelas tulisan beliau dalam blognya tempoh hari telah menghasilkan satu gelombang besar dalam PAS, namun apabila apa yang beliau maksudkan itu dikasi menjadi satu seminar, maka PAS kelihatan menyapu segala sampah dah habuk dan menyorokkannya di bawah karpet.
Tuan Guru Nik Aziz cuba membawa satu pembaharuan intelektual yang tinggi dalam PAS, namun getaran AJK PAS pusat tidak berani mengharung gelombang tersebut. Maka disapulah segala sampah ke bawah karpet dengan mengadakan satu seminar.
Namun isu yang sedang menunggu untuk merobek PAS tidak diperbetul.
Semalam saya mendengar keluhan sahabat saya Pak Sulaiman penjual mee kari dan pasembor di restoren Amjal;
HARAKAH tak laku sekarang!
http://hamirdin.blogspot.com/2009/11/biarkan-nik-aziz-tulis-blog.html
Posted by Dewan Pemuda Pas Gerik at 12:12 PM 0 comments
Saturday, November 7, 2009
Nik Aziz pemimpin PAS terunggul
Nov 7, 09 2:51pm | Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz mengekalkan kepercayaan politik dan persepsi positif masyarakat awam terhadapnya tetapi Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula gagal mencapainya, kata seorang ahli akademik berdasarkan satu tinjauan.
Membentangkan dapatan tinjauan itu di seminar politik parti itu pagi ini, pensyarah kajian media Universiti Malaya (UM) Dr Abu Hassan Hasbullah berkata, Nik Aziz juga masih mengungguli tempat pertama sebagai pemimpin paling popular dalam PAS.
Sementara itu, terdapat penemuan mengejutkan apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak termasuk antara lima pemimpin paling popular PAS.
Tinjauan di kalangan lebih 2,000 responden dari seluruh negara itu menunjukkan, Abdul Hadi di belakang Nik Aziz.
Ia diikuti dua lagi pemimpin PAS: bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin di tempat ketiga dan ahli jawatankuasa pusat parti Mohamad Sabu (keempat).
- http://www.malaysiakini.com/news/116894
Posted by Dewan Pemuda Pas Gerik at 4:43 PM 0 comments

